Laksana KPI setiap peringkat parti, budayakan pengurusan sumber manusia

Iklan
Mohd Sofi ketika berbahas di Konvensyen Amanah Nasional 2023 pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

KLANG - Pemimpin tertinggi dan perwakilan kawasan dalam Parti Amanah Negara (Amanah) diminta untuk melaksanakan petunjuk prestasi utama (KPI) di setiap peringkat.

Perwakilan Amanah Melaka, Datuk Mohd Sofi Wahab berkata, cadangan itu berupaya memberikan hala tuju jelas mengenai perancangan dan gerak kerja dalam parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, parti berkenaan berkemungkinan mampu mencapai sasaran 222 untuk kawasan, Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), Pemuda dan Warda dalam tempoh hanya setahun menerusi perancangan projek berkesan.

"Bagi saya, parti sudah mempunyai struktur yang baik, nasional akan kuat kalau negeri kuat, negeri akan kuat kalau kawasan kuat.

Iklan

"Mana mungkin parti akan kuat kalau kawasan di bawahnya lemah dan mandom (bodoh),” katanya ketika menyampaikan perbahasan di Konvensyen Amanah Nasional 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula 23 hingga 24 Disember akan mengadakan sesi pemilihan kepimpinan parti sebaik berakhirnya konvensyen menerusi undian secara dalam talian.

Iklan

Sementara itu, Mohd Sofi turut memaklumkan, Amanah perlu membudayakan pengurusan sumber manusia melalui pelaksanaan latihan bagi menyelesaikan sebarang aduan di peringkat kawasan, sayap dan sebagainya.

"Ia juga bagi membina budaya melatih ahli dan pemimpin memahami deskripsi tugas masing-masing,” ujarnya.