PUTRAJAYA - Penggunaan frasa 'Keling' pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak Khamis lepas hanyalah merujuk kepada petikan daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, istilah 'Keling' itu diambil daripada buku berkenaan yang menceritakan bahawa Hang Tuah mempunyai penguasaan bahasa yang banyak termasuk bahasa Melayu, bahasa Arab, Siam dan bahasa Keling yang diambil daripada istilah kalinga.