MIAMI - Tiga kanak-kanak maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku di rumah mereka di kawasan kejiranan Grapeland Heights, Florida pagi semalam.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Miami tiba di tempat kejadian pada jam 11.25 pagi selepas empat minit menerima panggilan sebelum bertindak memasuki rumah untuk menyelamatkan mangsa yang dipercayai kanak-kanak berumur antara satu hingga 12 tahun.
Iklan
Iklan
Jiran-jiran berkata, anggota bomba tiba dalam masa yang singkat sebelum memasuki rumah berkenaan dan turut memberi bantuan pernafasan kepada salah seorang mangsa.
Polis mengesahkan bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu meninggal dunia manakala seorang lagi berserta dua wanita, dibawa ke Jackson Memorial Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tahap kecederaan dan keadaan kedua-dua wanita yang dibawa ke hospital itu masih belum diketahui.
Sebelum bomba tiba, orang ramai cuba untuk memasuki rumah dan menyelamatkan kanak-kanak terbabit namun tidak berjaya kerana terlalu tebal, kata seorang salah seorang jiran mereka.
"Kami bertindak memecah beberapa cermin tingkap untuk melihat sekiranya kami dapat membantu mengeluarkan mangsa melalui tingkap. Kami juga turut mengelilingi bangunan kediaman tersebut yang masih terkunci dan pintu belakangnya pula ditutup," katanya. - Agensi