Tiada kompromi terhadap enggan guna 15 mata - ISTAF

Iklan
Aksi pemain Thailand, Varayut Jantarasena (tengah) yang dihadang pemain Malaysia, Mohamad Azlan Alias dalam acara final lelaki berpasukan final Sukan Asia 2022 pada September lalu. GAMBAR KECIL: ABDUL HALIM

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menegaskan ahli gabungan yang enggan menggunakan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bakal berdepan tindakan.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, badan induk antarabangsa berkenaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu itu.

Iklan
Iklan

"Mana-mana pihak atau persatuan yang enggan menggunakan perubahan ini akan diberi amaran keras dan jika terus berdegil akan dinasihat. Namun, sekiranya ia berterusan (mereka) akan berdepan tindakan daripada ISTAF.

"Semua pengadil ISTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ASTAF) juga diarahkan agar mematuhi peraturan baharu ini

Iklan

"ISTAF juga akan memaklumkan perkara ini kepada penganjur Sukan SEA Thailand 2025 dan Sukan Asia Nagoya 2026,” katanya yang memaklumkan perkara itu turut mendapat reaksi positif Presiden Persekutuan Sepaktakraw Arab Saudi, Aljawharah Y. Fallatah.

Pada masa sama Abdul Halim berkata:"Presiden Persekutuan Sepaktakraw Thailand, Thana Chaiprasit, dan jawatankuasa badan induk tersebut juga telah dimaklumkan pemangku presiden ISTAF, Boonchai Lorhpipat mengenai perubahan sistem kiraan mata tersebut.

Iklan

ISTAF sebelum ini mewajibkan pelaksanaan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bermula 1 Februari tahun depan.

Sistem kiraan 15 mata diluluskan semasa mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia ke-36 Piala Raja Thai 2023 pada 15 Julai lalu menyaksikan pasukan terikat 14-14, regu pertama yang meraih mata ke-17 akan muncul pemenang.

Setiap regu juga kini memperoleh satu servis sahaja berbanding tiga sebelum ini bagi semua pertandingan di dalam dan luar negara.