Duit punca pergaduhan
Iklan
SHAH ALAM - Kerap ditipu soal gaji antara punca berlaku pertelingkahan dalam kalangan pekerja asing sehingga melibatkan kecederaan dan kematian.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di sekitar Lembah Klang, rata-rata kelompok itu mengakui sering berdepan masalah tersebut apabila majikan atau orang tengah tidak menepati janji bayar gaji.
Kehadiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini turut memberi kesan kepada pekerja asing yang masuk secara sah.