PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dilaporkan bakal meninggalkan The Gunners selepas berakhirnya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Menurut laporan portal berita antarabangsa, penyerang kelahiran Gabon itu dilaporkan tidak begitu gembira bersama kelab London itu dan bersedia berhijrah ke kelab lain.
Iklan
Iklan
"Kontrak Aubameyang di Arsenal akan tamat pada 2021, namun prestasi semasa menyebabkan dia tidak yakin lagi untuk beraksi bersama kelab itu.
"Malah, dia mahu bermain di Liga Juara-Juara. Jika Arsenal tidak mampu melayakkan diri ke liga tersebut, maka dia tidak akan berfikir panjang untuk angkat kaki," kata laporan itu.
Sejak berhijrah dari Borussia Dortmund, Aubameyang menjadi tonggak penting bahagian serangan selepas meledak 56 gol daripada 89 perlawanan.
Ketika ini, Arsenal masih lagi gagal mempamerkan persembahan yang baik dan berada di kedudukan ke-12 EPL.
Artikel Berkaitan