Dua sungai di Kelantan lepasi paras bahaya

Iklan
Dua sungai di Kelantan melepasi paras bahaya setakat jam 9 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

KOTA BHARU - Dua sungai di Kelantan melepasi paras bahaya setakat jam 9 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Aring di Jalan Felda Aring, Gua Musang mencatatkan bacaan 80.31 meter (m) melebihi paras bahaya 72m manakala Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli merekodkan bacaan 29.68m melebihi paras bahaya 29.5m.

Iklan
Iklan

Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah, Jeli yang merekodkan bacaan 55.65m dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.42m).

Selain itu tujuh sungai turut merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Iklan

Sungai terbabit ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang (69.89), Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan, Kuala Krai (33.71m), Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (36.17m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.21m), Empangan Bukit Kwong di Pasir Mas (17.24m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.18m) dan Jambatan Melor di Bachok (7.84m). - Bernama

Iklan