PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan pautan sebagai alternatif kepada pembekalan buku teks Dual Language Programme (DLP) bagi mata pelajaran Matematik dan Sains untuk tingkatan tiga.
KPM dalam kenyataannya berkata, ia berikutan pembekalan buku teks DLP tidak dapat disediakan pada awal sesi persekolahan disebabkan perubahan menambah baik sistem perolehan dan mengelakkan sistem rundingan terus sejak pertengahan tahun 2018.
Justeru, pelajar dan guru boleh mengakses pautan tersebut di:
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter1.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter2.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter3.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter4.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Answers.pdf
http://sasbadisb.com/download-centre/textbook
Selain pautan tersebut, kesemua sekolah yang menawarkan DLP telah dibekalkan dengan empat cakera padat yang mengandungi empat bab awal buku teks subjek berkenaan.
"Pembekalan buku teks DLP kesemua sekolah terlibat akan dilaksanakan mulai Mac depan," katanya.