Sambut ulang tahun ke-100 bak ratu cantik

Iklan
Florence Wendzel menyambut ulang tahun ke-100 tahun dengan mengenakan selempang dan tiara.

SACRAMENTO - Seorang wanita di California, Amerika Syarikat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 bak ratu cantik sambil dikelilingi ahli keluarga dan sahabat handai.

Lebih istimewa, Florence Wendzel diberi layanan kelas pertama apabila menggayakan selempang dan tiara di atas kepala.

Iklan
Iklan

Namun begitu, kegembiraan wanita terbabit tidak dapat dikongsi bersama adik-beradiknya yang lain kerana sudah lama meninggal dunia.

"Saya tidak berasa seperti individu berumur 100 tahun. Saya berasa sihat dan muda," katanya.

Iklan

Sementara itu, Wendzel mengakui dia tidak mempunyai petua atau sebarang rahsia untuk mendapatkan umur panjang dan kekal sihat.

Sebaliknya, wanita kepada lapan orang cicit ini berkata, dia menghabiskan masa lapang dengan menyibukkan diri dengan melakukan pelbagai hobi. - Agensi

Iklan