'Bukan budaya Amanah sokong team A, B'

Iklan
Amanah menolak budaya yang boleh memecahbelahkan parti antaranya membentuk pasukan yang taasub menyokong mana-mana pemimpin.

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) menolak budaya yang boleh memecahbelahkan parti antaranya membentuk pasukan yang taasub menyokong mana-mana pemimpin.

Menegur perkara itu, Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Abdul Samad berkata, Amanah tidak pernah membudayakan ahli dan perwakilannya bagi membentuk 'team' A atau B hinggakan parti berpecah.

Iklan
Iklan

"Parti Amanah kepimpinannya (dipilih) atas dasar syura (konsensus), dipilih 27, daripada 27 itu duduk bincang, berunding dengan baik, pilih presiden, timbalan dan naib presiden dan sebagainya.

"Kita ubah perlembagaan, kita tidak ikut Perlembagaan Pas, UMNO. Kita tidak mahu adanya team A dan B, kita hendak syura tetapi nampak gayanya sebahagian ahli kita cenderung hendak pilih team A dan B, ini bercanggah dengan semangat penubuhan Amanah," katanya ketika sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari serta Pengarah Strategi Amanah, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.

Justeru Khalid meminta ahli dan perwakilan menyerahkan kepada 27 pimpinan tertinggi parti itu membuat keputusan memilih barisan tertinggi pada pemilihan kali ini.

Iklan

"Kita serah kepada kebijaksanaan mereka, biar mereka bincang, kita harap kita menolak budaya yang boleh memecahbelahkan kita semua," katanya.