DBKL keluar kompaun operasi Anti Litter

Iklan
Matlamat operasi dijalankan adalah bagi memastikan pemilik premis serta orang awam menjaga kebersihan persekitaran.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi Anti Litter di sekitar kawasan Desa Sri Hartamas.

DBKL memaklumkan kompaun dikeluarkan adalah melibatkan kesalahan meletakkan barangan perniagaan di tempat awam (lima), membuang sampah di tempat awam (enam) dan membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam.

Iklan
Iklan

"Lima kompaun itu dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(d), enam kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a) dan satu kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d)," kata DBKL menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Operasi bagi memastikan pemilik premis dan orang awam tidak membuang sampah merata-rata.

Terdahulu, seramai lapan petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL melaksanakan Ops Anti-Litter di sekitar kawasan Desa Sri Hartamas.

Iklan

"Matlamat operasi dijalankan adalah bagi memastikan pemilik premis serta orang awam menjaga kebersihan persekitaran.

"Operasi juga memastikan mereka tidak meletakkan halangan di atas siar kaki dan longkang yang boleh menghalang kerja-kerja pembersihan dilaksanakan dan membuang sampah merata-rata," kata hantaran itu.

Iklan