SHAH ALAM - Penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dengan pengenalan Undi18 menyebabkan lebih 52 peratus anak muda menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional, Mohd Hasbie Muda berkata, Pemuda Amanah telah meminta pelantikan untuk mengisi barisan Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah pada tahun lalu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun menurutnya, permintaan itu tidak diterima JKP Nasional yang mungkin disebabkan kouta JKP Nasional sudah dipenuhi.
"Kali ni pemuda hantar tiga calon di bawah umur 40 tahun iaitu Asmaaliff Abdul Adam, Danial Al Rashid Haron dan Hazni Hassan serta dua nama yang baru lepas umur pemuda iaitu Abbas Azmi dan Zamir Ghazali," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Hasbie sehubungan itu meminta semua perwakilan dapat memberi undi kepada wakil Pemuda Amanah untuk menjadi sebagai JKP di peringkat nasional bagi sesi baharu.
Pada Ahad, lebih 1,000 perwakilan Amanah hadir pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini dan dijadual akan mengundi petang ini untuk memilih 27 JKP Amanah.
Kesemua 27 JKP serta tiga pemimpin utama sayapnya, kemudian akan bermesyuarat bagi memilih 'Top Five' parti iaitu presiden, timbalan presiden serta tiga naib presiden.