[VIDEO] 1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting

Iklan

KLANG - Seramai 1,008 perwakilan mengundi secara dalam talian atau e-voting bagi memilih Speaker, Timbalan Speaker dan 27 Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026.

Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan itu.

Perwakilan mengundi secara dalam talian bagi memilih speaker, timbalan speaker dan 27 jawatan kuasa pimpinan amanah bagi sesi 2023-2026 pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Klang pada Ahad. - Foto SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN

Iklan
Iklan

Selepas selesai pemilihan 27 jawatankuasa pimpinan itu, mereka kemudiannya akan memilih presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

Perlembagaan parti itu menetapkan, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan.

Iklan

Berdasarkan perlembagaan itu juga, seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Iklan