KUALA LUMPUR - Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.