Pelik bin ajaib, puji pula hari ini: Najib

Iklan
Paparan skrin perkongsian Najib di laman Facebooknya, hari ini.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut apabila kerajaan PH memuji kejayaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi sejak 10 tahun lalu.

Pelik dengan pengakuan itu, Najib berkata, kejayaan tersebut sebenarnya adalah hasil usaha kerajaan BN di bawah pentadbirannya yang sebelum ini didakwa PH sedang 'dipandu' ke arah era kegelapan ekonomi dan bakal terjerumus sebagai sebuah negara bankrap.

Iklan
Iklan

"MITI di bawah kerajaan PH tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pagi ini untuk memuji kerajaan BN semasa saya jadi Perdana Menteri. Kata strategi kita betul, kita berjaya. Kita tarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 trilion.

"Puji lagi bahawa perdagangan Malaysia cemerlang pada tahun 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 13 tahun. Biar betul. Pelik bin ajaib,” tulisnya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Iklan

MITI dalam satu kenyataan hari ini berkata, walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Iklan

Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion malah lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.

Berkongsi paparan skrin berita berkaitan kenyataan MITI itu, Najib sekali lagi membidas kenyataan kerajaan PH yang sebelum ini mengatakan negara sudah hancur, gagal dan semakin bankrap di bawah kerajaan BN semasa pentadbiran beliau.

"Kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang gagal? Puji pula hari ini. Kerajaan BN perlu sebanyak 10 tahun untuk menarik RM1.9 trilion tetapi, kalah BN jika banding dengan Menteri PH itu yang hanya menggunakan masa beberapa bulan untuk menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 trilion dari satu orang pelabur sahaja untuk buat kereta.

"Malangnya, menteri itu sudah konar baring. Pelaburan RM1.6 trilion sudah tak jadi. Yang tinggal hanya air liur,” katanya.