PETALING JAYA - Tapak 'car boot sale' Damansara di Kota Damansara dekat sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta pada Ahad.
Mayat lelaki terbabit dipercayai telah mengembung dan berbau busuk.
Menurut saksi, jasad yang ditemukan dalam kereta itu dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada sehari.
Menurut satu hantaran yang dimuat naik oleh @hammerbesi49 di laman TikTok, mangsa dipercayai sudah empat hari meninggal dunia.
Menurut hantaran lain di laman TikTok, mangsa juga telah meninggalkan sekeping nota yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa terkejut dengan penemuan tersebut.
"Baru dua hari lepas jumpa mayat dalam longkang di Kota Damansara. Hari ini ada lagi,” kata @nrftna.
"Makin meningkat kes kematian, hati-hati semua,” kata @ismalzx.
"Habislah orang tak mahu datang car boot sale ni lagi,” kata Fatin.