Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama lancar

Iklan
Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10 pagi ini, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Beliau berkata, keadaan lalu lintas di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah pantai timur) terkawal dan tiada peningkatan jumlah kenderaan dilaporkan ketika ini.

Iklan
Iklan

Aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT2, Tol Bentong serta kawasan rehat dan rawat (R&R) Gombak menuju ke ibu kota melalui Plaza Tol Gombak juga lancar pagi ini.

"Penambahan kenderaan di beberapa lebuh raya utama dijangka meningkat pada tengah hari nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.

Iklan

Akaun rasmi PLUS Trafik di laman X pula memaklumkan 'Smartlane' di KM19.0 hingga KM27 (arah utara) antara Senai dan Kulai, Johor diaktifkan setakat 9.56 pagi.

"Penggunaan lorong kecemasan kini dibenarkan dari 8 pagi hingga 6 petang bagi melancarkan pergerakan trafik,” menurut hantaran itu.

Iklan

PLUS juga memaklumkan bahawa kerja penyelenggaraan di Lebuhraya ELITE (arah utara) kini sedang dijalankan dan 'Smartlane' telah diaktifkan di KM259.4 hingga KM262.4 (arah utara) antara laluan Port Dickson ke Seremban bagi menjamin kelancaran trafik. - Bernama