Banjir: Wanita hampir lemas semasa keluar minta bantuan

Iklan
Nurisan membantu suaminya yang berjaya keluar selepas terperangkap di rumahnya di Kampung Gual Mekong, Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG - Seorang wanita hampir lemas semasa meredah banjir sedalam 1.2 meter untuk keluar meminta bantuan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Gual Mekong di sini pada Isnin.

Situasi tersebuat berlaku ketika mangsa, Nurisan Ahmad, 38, meredah banjir sejauh 100 meter bagi mendapatkan bantuan orang kampung untuk meminjam perahu membawa barangan ke tempat selamat.

Iklan
Iklan

"Saya tenggelam beberapa kali. Sehingga sempat menelan air banjir," katanya kepada pemberita.

Mat Sakimin muncul dengan perahu yang dipinjam untuk menyelamatkan diri.

Dia memberitahu, mujurlah ada penduduk yang melalui kawasan tersebut dengan perahu dan menyelamatkan dia.

Iklan

Nurisan kemudian panik apabila melihat air naik mendadak dan memikirkan suaminya yang terperangkap di rumah.

Hujan lebat sejak Ahad menyebabkan kawasan rendah di Rantau Panjang mulai dinaiki air pada Isnin.

Ujarnya, setengah jam kemudian suami, Mat Sakimin Ibrahim, 30, muncul dengan perahu.

Iklan

"Alhamdulillah, suami sudah selamat keluar bersama barang-barang penting.

"Terima kasih kepada penduduk yang sudi membantu," katanya.