Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo

Iklan
Abang Johari (dua dari kiri) memerhatikan penyerahan cek bantuan kepada Komuniti untuk Golongan Miskin Bandar Kuching (SKUP) pada majlis Rumah Terbuka Krismas Bishop Kuching di Gereja Besar St Thomas, pada Isnin. - Foto Bernama

SARAWAK telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu lepas.

Iklan
Iklan

"Pendapatan kita mencecah angka RM13.1 bilion kerana kita mendapat dividen pada bulan Disember dan ini adalah satu rekod dari segi pendapatan kita.

"Diharapkan pada 2024 dan 2025 kita akan menyaksikan peningkatan (dalam pendapatan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas's Cathedral di sini pada Isnin.

Iklan

Pada 2 Februari lepas, Abang Johari berkata. Sarawak telah merekodkan pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun 2022. - Bernama

Iklan