Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya

Iklan
Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas yang merekodkan bacaan 10.79m melebihi paras bahaya 9m. - Gambar fail Bernama

KOTA BHARU - Empat sungai di tiga jajahan Kelantan melepasi paras bahaya setakat 6 petang berikutan hujan berterusan sejak Jumaat.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, di Kuala Krai, Sungai Kelantan merekodkan bacaan 25.96 meter (m) melebihi paras bahaya 25m, manakala Sungai Nal mencatatkan bacaan 27.57m melebihi paras bahaya 25m.

Iklan
Iklan

Di Tanah Merah, Sungai Golok di Kampung Jenob merekodkan bacaan 25.17m melebihi paras bahaya 23.50m.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas yang merekodkan bacaan 10.79m melebihi paras bahaya 9m.

Iklan

Selain itu lima sungai turut merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

Sungai terbabit ialah Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai (36.89m), Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.19m), Empangan Bukit Kwong, Pasir Mas (17.53m), Jambatan Melor di Bachok (8.15m) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (2.38m). - Bernama

Iklan