'Hina sangat ke letak gambar mak dekat dompet'

Iklan
Paparan Twitter Amir Haikal tular di laman sosial.

SHAH ALAM -"Hina sangat ke letak gambar mak dekat dompet?" tulis pemilik akaun Twitter Amir Haikal apabila rakan kelasnya seolah-olah mempersendakan tindakannya mengabadikan foto ibunya di dalam dompet.

Netizen juga menganggap tindakan itu tidak sopan dan biadab kerana ibu bukan sahaja insan yang paling disayangi malah melihat wajahnya juga mendapat pahala.

Iklan
Iklan

Amir Haikal melalui statusnya memberitahu, rakannya turut mengatakan dia seorang lelaki 'nerd' gara-gara menyimpan foto ibunya.

"Saya buka dompet depan rakan sekelas dan dia jawab 'gila la sia letak gambar mak dekat dompet, nerd gila. Ini arwah mak saya," katanya.

Iklan

Bagaimanapun netizen memuji Amir Haikal yang sentiasa mengutamakan ibunya malah memberi kata-kata semangat kepadanya.

@HeyZafff berkata,"Jangan sedih. Saya pun lakukan perkara yang sama. Saya sayang keluarga kerana mereka sangat dekat di hati ini. Arwah mak mesti bersyukur dapat anak macam kamu," tulisnya.

Iklan

Ujar @mimimarinajaaf1,"Kamu anak yang baik. Kasih ibu tetap bersama memberi semangat walau arwah sudah tiada. Rakan kelas yang #biadab"

"Saya pun letak gambar mak dengan ayah dekat dalam dompet. Tak, tak hina. Kawan awak tu saja yang kurang kasih sayang kot sampai rasa pelik tengok orang sekarang buat macam tu," kata @haheataf yang turut memberi sokongan.

Tambah @frsth,"Langsung tak hina. Saya ni lagi bangga dapat tengok muka ibu hari-hari kalau boleh dekat semua orang nak tunjuk."

Sementara itu, posting itu kini mencecah 27,700 perkongsian dan lebih 37,400 tanda suka daripada netizen.