Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan malam ini

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan malam ini berikutan sesetengah warga kota mula kembali bekerja esok setelah cuti panjang sempena perayaan Krismas.

Setakat jam 10 malam ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan dilaporkan berlaku sepanjang 14 kilometer di Plaza Tol Gombak dari Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur susulan pertambahan kenderaan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi keadaan trafik di kedua-dua arah terkawal biarpun terdapat peningkatan jumlah kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan trafik turut dilaporkan bergerak perlahan dari Gopeng ke Tapah dan dari Bidor ke Sungkai.

Iklan

Keadaan sama dilaporkan berlaku dari kawasan rehat dan rawat (R&R) Machap ke Sedenak dan dari Senawang ke Port Dickson (U). - Bernama

Iklan