Liga IPT: Sokongan semua julang AMD B-16

Iklan
Efendi (dua dari kiri) bersama barisan jurulatih dan pemain AMD B-16 meraikan kejayaan muncul juara Divisyen Dua Liga IPT musim ini.

TAMPIL pendekatan lebih segar musim ini selain pengalaman edisi sebelumnya membolehkan skuad bola sepak Akademi Mokhtar Dahari Bawah 16 (B-16) tahun kembali lebih garang selepas terkandas di separuh akhir musim lalu.

Itu pendedahan pengendali AMD B-16, Efendi Abdul Malek setelah pasukan berpangkalan di Gambang, Pahang menjuarai Divisyen Dua Liga Bolasepak Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2023/24 selepas menewaskan UiTM Negeri Sembilan 2-0 pada aksi final di Stadium Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Iklan
Iklan

Jelas bekas pemain Harimau Malaya dan Negeri Sembilan itu, motivasi pemain AMD B-16 juga berada pada tahap prestasi terbaik selain berjaya mengekalkan prestasi yang konsisten.

"Malah, kejayaan juga atas faktor sokongan dalaman kalangan jurulatih dan kakitangan setiap department saya yang memainkan peranan penting di dalam pasukan.

Iklan

"Selain itu sokongan padu bahagian teknikal atas padang yang membolehkan perlawanan kami mengekalkan style permainan AMD dari awal perlawanan hingga perlawanan akhir.

"Selain itu, saya juga bangga kesungguhan setiap 25 pemain yang menggalas cabaran tahun ini apabila mempraktikkan gaya permainan mengikut philosophy dan principle diterapkan dalam training," katanya yang menyaksikan ini tahun kedua bekas penyerang kebangsaan itu bersama AMD dalam saingan Divisyen Dua Liga IPT.

Iklan

Dalam aksi di Stadium Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu, AMD B16 membuka akaun gol menerusi Muhammad Airel Husainy Yusoff minit ke-25 sebelum jaringan masa kecederaan minit ke-93 Muhammad Hakim Mohd Hassan melengkapkan kemenangan skuad muda Efendi tersebut.

Kemenangan itu membolehkan AMD B-16 membawa pulang RM7,000, piala pusingan, piala iringan dan medal manakala UiTM menerima RM5,000 serta medal.

Dalam pada itu Efendi berkata,"Penyertaan AMD dalam kejohanan ini bukan sekadar untuk pendedahan tetapi juga dengan pengisian mencapai sasaran bagi membolehkan pemain-pemain mencapai prestasi tertinggi.

"Sekiranya meraih kejuaraan ia satu bonus motivasi kepada pemain-pemain untuk kejuaraan seterusnya.

"Di sini, saya juga berterima kasih kepada pihak penganjur Liga IPT dan terima kasih juga kepada Datuk Dr Pekan Ramli kerana memberi peluang pemain-pemain pemain AMD bersaing seterusnya mendapat pendedahan dalam Liga IPT," katanya.