Lima sungai di Pahang lepasi paras bahaya

Iklan
Keadaan semasa paras air Sungai Lembing pada Isnin. - Foto Bernama

KUANTAN - Lima sungai di Pahang melepasi paras bahaya dan 13 sungai tahap amaran susulan hujan masih berterusan sejak Sabtu lalu.

Selain itu,10 sungai rekod bacaan paras waspada setakat jam 10 pagi, Selasa.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, lima sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang, Jerantut direkodkan 106.55 meter (m) berbanding 106m; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (15.46m) dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran (28.13m).

Dua sungai di daerah Rompin turut merekodkan bacaan bahaya iaitu Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin (28.13m) dan bacaan Sungai Pukin pula 11.65m.

Iklan

Menerusi laman sesawang itu, sebanyak 13 sungai pada tahap amaran membabitkan daerah Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Bera, Raub, dan Temerloh.

Sungai yang terlibat ialah Sungai Kuala Tahan, Jerantut; Sungai Pahang di Jerantut Feri; Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Pahang Waterfront, Bera: Sungai Jelai di Bukit Betong, Lipis; Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis;Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Rompin di Jam Kuantan/ Segamat dan Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu).

Iklan

Sementara itu, 10 sungai yang melepas paras waspada adalah, Sungai Belat di Jambatan Gambang, Kuantan; Kuala Medang, Lipis; Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran;Sungai Pahang di Lubok Paku, Maran dan Sungai Pahang di Kampung Peruas, Raub.

Seterusnya, Sungai Jelai di Jeti Lipis; Sungai Semantan di Jam Keretapi Mentakab, Temerloh;Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan serta Sungai Pahang di Lubok Paku, Maran.

Setakat ini hanya Sungai Pahang Tua, Pekan masih merekodkan bacaan normal iaitu 4.75m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.