GUA MUSANG - Kira-kira 10,000 masyarakat Orang Asli Temiar yang tinggal di tujuh penempatan di sekitar di jajahan ini terputus hubungan selepas laluan Kuala Betis-Gua Musang mengalami bencana tanah runtuh, jambatan runtuh serta kawasan dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, penempatan itu melibatkan Pos Tohoi, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Gob, Pos Simpor dan Kuala Betis.
Mohd Syahbuddin berkata, penduduk yang tidak terlibat dengan pemindahan tetapi terputus hubungan turut menerima bantuan bekalan makanan yang dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggunakan lori yang dikendali anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sejak semalam berikutan peningkatan paras air yang hanya dapat dilalui oleh kenderaan tersebut.

Seorang penduduk Orang Asli berada berhampiran jambatan besi merentasi Sungai Betis yang mula dilimpahi air sungai ketika tinjauan di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis pada Isnin. - Foto Bernama