Salah jadi 'bahan' gara-gara Krismas

Iklan
Salah. - Foto AFP

GARA-GARA memuat naik mesej Hari Krismas, pemain Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah menjadi 'bahan' peminat beragama Islam di media sosial.

Pemain berusia 31 tahun itu memuat naik gambar pokok Krismas dengan keterangan gambar mengenai konflik Israel-Palestin, sebelum mengucapkan Selamat Krismas kepada pengikutnya.

Iklan
Iklan

Salah menyebut bahawa keluarganya bersedih kerana orang tersayang beragama Islam di Gaza tidak boleh dilupakan.

Malah Salah menyatakan bahawa dia meraikan perayaan itu dengan hati yang berat di tengah-tengah peperangan berlaku di Gaza sejak pencerobohan oleh Israel pada 7 Oktober lalu.

Iklan

"Krismas ialah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya. Perang yang masih berlaku di Timur Tengah, terutama kematian dan kemusnahan di Gaza, Krismas kali ini disambut dengan hati yang berat.

"Kami merasai keperitan dialami keluarga-keluarga yang meratapi kehilangan orang tersayang. Tolong jangan lupakan mereka dan jadikan kesengsaraan mereka satu kebiasaan. Selamat Krismas,” ujar Salah.

Iklan

Hantaran pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminatnya yang mencecah 63 juta pengikut di Instagram dan hampir 19 juta di X.

"Salah, anda seorang Muslim, bukan Kristian. Krismas kita adalah pada April, anda memalukan,” komen salah seorang peminat.

Bagaimanapun ada juga peminat yang membuat hantaran sebaliknya apabila menyatakan bahawa sebagai Muslim tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya.

"Sebagai Muslim kita tidak sepatutnya menghukum. Tetapi semua suka menghukum Salah setiap kali Krismas. Saya rasa kita semua tidak sempurna. Bebaskan Palestin,” katanya.