13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

Iklan
Seorang penduduk, Abd Rashid Razak, 68, meredah banjir dengan menaiki sampan untuk ke tempat lebih selamat selepas kawasan berkenaan dinaiki air di Kampung Minda pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Berdasarkan data daripada laman web publicinfobanjir.water.gov.my di Besut, Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan 35.08 meter (m) melepasi paras bahaya 35m dan Sungai Besut di Kampung La merekodkan 22.16m (paras bahaya 21.8m).

Iklan
Iklan

Di Setiu pula, Sungai Nerus di Kampung Bukit berada pada paras 13.78m (paras bahaya 13.2m) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri merekodkan bacaan 9.08m (paras bahaya 8.8m) manakala di Kuala Terengganu, Sungai Terengganu di Drawbridge berada pada paras 2.27m (paras bahaya 1.8m).

Selain itu di Hulu Terengganu, Sungai Berang di Kampung Menerong merekodkan bacaan 25.7m (paras bahaya 24.5m), Sungai Peneh di Felda Mengkawang mencatatkan bacaan 37.91m (paras bahaya 37.5m), Sungai Tersat di Kampung Sekayu berada pada paras 22.39m (paras bahaya 21m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan 20.93m (paras bahaya 19.7m).

Iklan

Dalam pada itu di Kemaman, Sungai Tebak di Jambatan Tebak merekodkan bacaan 18.55m (paras bahaya 18.5m), bacaan di Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih pula 14.06m (paras bahaya 14m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman pula 4.31m (paras bahaya 4m) manakala di Dungun, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau mencatatkan bacaan 14.11m (paras bahaya 12.5m). - Bernama

Iklan