Suami isteri 'transporter' seludup 10 PATI didakwa

Iklan
Kamarulzaman dan isterinya, Supiani dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada.Selasa selepas dituduh mengangkut 10 migran yang diseludup masuk ke negara ini, bulan lalu. Foto: ihsan pembaca

TELUK INTAN - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Selasa atas pertuduhan mengangkut 10 migran warga Indonesia yang diseludup, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada pembantu kedai makan, Kamarulzaman Abd Wahab, 60, dan isterinya warga Indonesia, Supiani, 54, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama sebagai operator sebuah kenderaan jenis Nissan Serena didapati mengangkut 10 orang migran warganegara Indonesia yang diseludup iaitu Agus Wiyono; Gunawan, Yode@Wahyudi Ahmad, Salim, Indra Abdi, M.Sabri@Muhamad Sabar, Ahmad Lukman, Gimin, Lutfi dan Suparman.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Batu 12, Jalan Bagan Datoh, dekat Hutan Melintang sekitar jam 5.30 pagi pada 29 November lalu.

Iklan

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 27 Februari 2024 untuk sebutan semula kes

Sinar Harian melaporkan Polis Perak berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan migran dengan menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk di perairan Sungai Tiang dalam serbuan Op Pintas Khas dekat Bagan Datuk pada November lalu.

Risikan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Pasukan Polis Marin itu turut berjaya menahan sepasang suami isteri yang bertindak sebagai pengangkut (transporter).