Pengunjung tidak hirau bendera merah di kawasan pantai

Iklan
Anggota polis melakukan pemantauan di sekitar kawasan pantai di Kota Tinggi.- Foto Facebook Polis Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Walaupun bendera merah sudah dikibarkan di pantai rekreasi di daerah ini namun masih terdapat pengunjung yang tidak menghiraukan amaran tersebut apabila melakukan aktiviti mandi-manda.

Tindakan itu boleh mengancam nyawa kerana keadaan cuaca tidak menentu terutama pada musim tengkujuh dan keadaan laut yang bergelora ketika ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, orang ramai sepatutnya lebih prihatin dan peka dengan keadaan cuaca terutama musim tengkujuh dan hujan ketika ini.

"Masih ada sesetengah pengunjung pantai awam yg masih tidak prihatin dgn amaran pemasangan bendera merah di sekitar kawasan pantai awam agar mereka tidak melakukan aktiviti mandi-manda.

Iklan
Anggota polis melakukan pemantauan di sekitar kawasan pantai di Kota Tinggi.- Foto Facebook Polis Kota Tinggi

"Patuhilah amaran keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk keselamatan awam agar tiada berlaku sebarang kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Jelasnya, pemantauan berterusan akan dilakukan oleh anggota di kawasan pantai rekreasi untuk memberi peringatan kepada para pengunjung supaya menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga.

Iklan

Menerusi laman Facebook Polis Daerah Kota Tinggi, beberapa video anggota membuat pemantauan dan memberikan peringatan kepada pengunjung pantai mendapat respon positif orang ramai.

Selain itu, menerusi ruang komen ada juga yang menyifatkan pengunjung yang masih mandi-manda di pantai ketika ini sebagai degil dan amaran lebih keras perlu diberikan kepada mereka.