Jalan dinaiki air, Toyota Yaris terbabas masuk longkang

Iklan
Tangkap layar rakaman video memaparkan sebuah kereta terbabas masuk ke dalam longkang ketika melalui jalan yang dinaiki air di jalan Air Hitam, Pekan.

PEKAN - [DIKEMAS KINI] Tular satu rakaman video memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris masuk ke dalam longkang ketika melalui jalan yang dinaiki air di Jalan Air Hitam, di sini.

Rakaman video berdurasi 1.32 saat itu dimuat naik di halaman Warga Kuantan 2 dan mendapat pelbagai komen daripada warganet.

Iklan
Iklan

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7.45 pagi apabila kenderaan terbabit dipercayai terbabas susulan air sungai meningkat sehingga membanjiri Jalan Air Hitam.

Berdasarkan kenyataan perakam video yang tidak dapat dikenal pasti turut menyatakan pemandu kenderaan dalam keadaan selamat.

Iklan

Perakam terbabit turut menyatakan paras air sungai di jambatan Air Hitam sekitar 1.5 meter tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada lelaki berusia 26 tahun.

Iklan

"Ketika kejadian mangsa memandu seorang diri dari Taman Tas ke Pekan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ringkas.