TOKYO - Pengeluar automotif Jepun, Daihatsu Motor, menggantung semua pengeluaran domestik pada Selasa di tengah-tengah skandal berhubung pemalsuan ujian keselamatannya, lapor Xinhua.
Pembuat kereta itu pada Selasa menghentikan operasi di kilangnya di wilayah Osaka selepas menutup tiga kilang lain di wilayah Shiga, Kyoto dan Oita sehari sebelumnya menyebabkan pengeluaran domestik terhenti sepenuhnya.