Alif Teega serah semua harta sepencarian kepada Aisyah Hijanah

Iklan
Aisyah memiliki 100 peratus aset daripada harta sepencarian bersama suaminya Mohd Hazalif. Foto Instagram Aisyah

SHAH ALAM - Pempengaruh, Aisyah Hijanah, 25, mendedahkan berjaya memiliki 100 peratus harta sepencarian bersama suami, Mohd Hazalif Mohd Hazani atau lebih dikenali sebagai Alif Teega, 29.

Menurutnya, ia termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

Iklan
Iklan

Ujarnya, setiap wanita yang hidup dalam dunia poligami perlu bersabar dan tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan terutama jika ia melibatkan hak dalam perkahwinan.

"Catat semua aset bersama dan buat perjanjian khas. Kalau mampu lantik peguam, silakan.

Iklan

"Poligami bukan sesuatu yang haram, tetapi bukan semua wanita boleh menerima keadaan ini,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Pada November lalu, Aisyah menjadi perhatian selepas mendedahkan dirinya dimadukan oleh suami ketika hamil lima bulan.

Iklan

Menurutnya, kejadian tersebut merupakan ujian terhadap doanya yang ingin memasuki syurga tanpa hisab.

Mengulas lanjut, menurut Aisyah, perkara tersebut dilakukan bukan kerana tamak mahupun gila harta, sebaliknya demi masa depan anak-anak.

Jelasnya, isteri tidak akan terlepas daripada pelbagai ujian bersama suami, namun ia tidak menghalang mereka daripada terus mempertahankan hak sedia ada.

"Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang diuji dengan perkara yang sama diberikan kekuatan dan ketenangan hidup bersama suami serta anak-anak.

"Terima kasih @alifteega kerana beri kerjasama yang baik dan beri hak sepatutnya. Semoga ALLAH mudahkan urusan,” ujarnya.