Jijik! Murid Tahun Enam jadi 'pemuas nafsu' songsang pemuda 20 tahun

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

MELAKA TENGAH - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki meliwat kanak-kanak berusia 12 tahun sebanyak 30 kali di sebuah asrama lelaki saudara baharu di sini, sejak Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, detik hitam yang dipendam mangsa selama tujuh bulan itu terbongkar apabila dia bertindak menceritakan perkara sebenar kepada bapanya selepas tidak tahan kerap diganggu oleh suspek yang berusia 20 tahun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi semasa mereka berada di bilik asrama sebelum berlarutan termasuk di tandas asrama.

"Pada kejadian pertama 14 Mei lalu, suspek yang juga rakan sebilik mangsa telah mengejutkannya dari tidur dan bertindak meliwat mangsa tanpa kerelaan sebelum kejadian sama berulang keesokannya.

Iklan

"Kira-kira seminggu kemudian suspek telah membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruhnya untuk meliwat suspek dan disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut katanya, sepanjang berada di asrama tersebut, mangsa telah diliwat sebanyak 30 kali dan selepas kejadian itu, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbangkan keselamatan diri.

Iklan

Katanya, mangsa kemudian bertindak menceritakan kejadian itu kepada bapanya pada Ahad lalu sebelum bapanya itu menghubungi suspek dan memintanya datang ke rumah.

"Kira-kira jam 11.45 pagi suspek telah datang ke rumah mangsa sebelum tiga anggota polis dan lapan anggota Rela tiba di lokasi dan membawa suspek ke balai polis.

"Mangsa ini tinggal di asrama lelaki (saudara baru) sejak April 2023 kerana ibunya yang merupakan Pembantu Guru Mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita yang mana mangsa tinggal di asrama bagi memudahkannya untuk ke sekolah,” tambahnya.

Katanya, suspek yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Awani