Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama semakin sesak petang ini

Iklan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dan bergerak perlahan petang ini . Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dan bergerak perlahan petang ini berikutan warga kota sudah kembali bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan Krismas.

Setakat jam 5 petang ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan dilaporkan berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Sementara di Plaza Tol Jalan Duta, trafik perlahan menghala ke utara dan di Plaza Tol Sungai Besi keadaan trafik perlahan di kedua-dua arah susulan pertambahan kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat treler rosak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di kilometer (KM) 31.4 arah utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya dengan lorong kiri terhalang.

Iklan

Trafik juga perlahan arah utara dari Pedas/Linggi ke Port Dickson (U) serta dari Slim River ke Sungkai.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) perlahan dan sesak sepanjang satu kilometer sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur. - Bernama

Iklan