Hamas tolak serah kuasa

Iklan
Asap menjulang ke langit di Khan Yunis semasa pengeboman dahsyat Israel dari Rafah di selatan Genting Gaza. - AFP

KAHERAH - Kumpulan Hamas dan sekutunya Jihad Islam menolak cadangan Mesir melepaskan kuasa di Genting Gaza, sebagai tukar ganti gencatan senjata yang berkekalan, menurut sumber keselamatan Mesir yang memaklumkan kepada Reuters pada Isnin.

Kedua-dua kumpulan, yang mengadakan rundingan berasingan dengan pengantara Mesir di Kaherah, menolak sebarang konsesi, selain daripada pembebasan lebih ramai tebusan yang ditahan pada 7 Oktober.

Iklan
Iklan

Mesir menyarankan 'visi' yang disokong pengantara Qatar, membabitkan gencatan senjata sebagai pertukaran pembebasan lebih ramai tebusan.

Ini akan membawa kepada perjanjian lebih luas melibatkan gencatan senjata berkekalan serta pembaharuan kepada kepimpinan di Gaza, yang kini dikuasai Hamas.

Iklan

Pada masa sama, Mesir mencadangkan pilihan raya dan pada masa yang sama menawarkan jaminan kepada Hamas bahawa anggotanya tidak akan diburu atau didakwa.

Baru-baru ini, seorang pegawai Hamas melawat Kaherah dan beliau enggan mengulas secara langsung mengenai tawaran khusus bagi gencatan senjata kemanusiaan sementara dan membayangkan penolakan kumpulan itu dengan mengulangi pendirian rasminya.

Iklan

"Kami juga mengatakan bahawa bantuan untuk rakyat kami harus diteruskan dan harus ditingkatkan selain sampai kepada semua penduduk di utara dan selatan.

"Selepas keganasan dihentikan dan bantuan ditingkatkan, kami bersedia untuk membincangkan pertukaran tebusan," katanya.

Pada masa sama, Jihad Islam yang menawan tebusan di Gaza telah mengulangan pendirian sama dengan Hamas. Lebih 100 tebusan dipercayai masih lagi ditahan.- Agensi