Pemuda MCA sertai piket solidariti untuk Palestin

Iklan
Gambar hiasan 123RF

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA akan menyertai piket"Kepung Demi Palestin” yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin berdekatan Kedutaan Besar Amerika Syarikat bermula jam 10 malam ini.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, keganasan tentera Israel di bumi Palestin perlu dihentikan dengan serta-merta dan penyertaan piket itu adalah sebagai solidariti terhadap Palestin.

Iklan
Iklan

"Piket simbolik pengepungan terhadap Gaza ini akan berlangsung bermula malam ini, antara lain, untuk mendesak masyarakat antarabangsa supaya membantu mengusahakan gencatan senjata dengan segera,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, Pemuda MCA tidak mahu bumi Gaza terus dimusnahkan dan tidak sanggup melihat rakyat Palestin terus dibunuh dengan kejam yang angka korban kini telah mencecah 20,000 orang dan terus meningkat.

Iklan

Pada 30 Oktober lepas, Pemuda MCA telah menyerahkan memorandum kepada Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Kedutaan Palestin sebagai menyokong gencatan senjata segera di Gaza. - Bernama

Iklan