Banjir: Operasi ICQS Rantau Panjang ditutup sementara

Iklan
Jalan Kota Bharu-Rantau Panjang berhampiran 'Culvert 5' di Pasir Mas ditutup kepada semua kenderaan berikutan limpahan air separas 0.78meter. - Foto Bernama.

KOTA BHARU - Operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas ditutup sementara berkuat kuasa hari ini (Selasa) hingga diberitahu kelak.

Jurucakap Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan berkata, penutupan operasi itu dibuat susulan kawasan di sekitar kompleks itu terkesan banjir.

Iklan
Iklan

"Kompleks ICQS tidak terjejas banjir tetapi kawasan sekitar Rantau Panjang yang terkesan banjir hingga menyebabkan orang ramai sukar datang ke lokasi ini.

"Justeru, keputuan telah diambil supaya operasi ditutup buat sementara hingga diberitahu kelak,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. - Bernama.

Iklan
Iklan