KPKT kini dikenali Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Iklan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kini dikenali dengan nama rasmi sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). - Foto Internet

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kini dikenali dengan nama rasmi sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPKT dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, nama kementerian itu dipinda berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lepas dan nama baru itu akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama kementerian itu, dengan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk golongan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.

Hala tuju strategik melalui pelaksanaan visi dan misi KPKT pula akan terus diperkasa menerusi lapan fungsi utama iaitu Perumahan Mampu Milik, Perancangan Bandar, Pembangunan Landskap, Pemerkasaan Kerajaan Tempatan, serta Kebombaan dan Penyelamatan.

Iklan

Selain itu, Pengurusan Sisa Pepejal, Pendayaupayaan Komuniti, serta Kredit Komuniti dan Pajak Gadai.

"KPKT komited bersama Kerajaan MADANI dalam merealisasikan agenda dan fokus utama iaitu bagi menerajui kemakmuran komuniti bandar serta persekitaran mampan.

Iklan

"Aspek daya huni rakyat akan terus dipertingkatkan demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," menurut kenyataan itu. - Bernama