PPS dinaiki air, 1,071 mangsa banjir bergelap tiada elektrik

Iklan
Penghuni di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh terpaksa bergelap sejak malam Isnin apabila bekalan elektrik di kawasan tersebut terpaksa diputuskan atas faktor keselamatan. - Foto Ihsan Pembaca

RANTAU PANJANG - Penghuni di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di sini terpaksa bergelap sejak malam Isnin apabila bekalan elektrik di kawasan tersebut terpaksa diputuskan atas faktor keselamatan.

Lebih menyedihkan lagi 1,071 penghuni di situ terpaksa berdepan ujian getir apabila kawasan PPS tersebut turut ditenggelami air sedalam 0.5 meter

Iklan
Iklan

Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa bersesak apabila ruangan di bahagian bawah PPS terpaksa dikosongkan.

Penghuni, Rashina Ilyana Abdul Ghani, 30, berkata, dia serta suami dan dua anak serta ahli keluarga lain yang tinggal di PPS tersebut kini hidup tanpa bekalan elektrik serta menghadkan penggunakan telefon untuk menjimatkan bateri.

Iklan

"Kami juga terpaksa berhimpit apabila terpaksa bertukar lokasi dari tingkat bawah ke tingkat atas.

"Di sini bangunan empat tingkat, aras paling bawah sudah dinaiki air, jadi kami semua terpaksa memenuhi ruangan yang ada walaupun kurang selesa," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Menurut penduduk Kampung Tersang itu walaupun begitu kemudahan lain seperti makanan, kelengkapan tidak terjejas.

Mohd Radzi Yasok, 52, dari Gual To'Deh memberitahu, banjir kali ini sangat buruk jika dibandingkan dengan gelombang satu dan dua

"Air naik dengan cepat, sehinggakan PPS kami pun turut terjejas.

"Ada dalam kalangan penghuni di sini yang memilih untuk keluar dari PPS dan menumpang rumah jiran yang tinggi serta tidak terjejas dengan banjir," katanya.

Menurut dia, ada yang berpindah ke Pondok Gual To'Deh dan sebagainya kerana di sini sudah terlalu sesak.