Sukar laksana tapi perlu buat - Presma
Iklan
SHAH ALAM - Rancangan Malaysia yang akan memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030 dilihat agak sukar dilaksanakan dalam masa terdekat.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan bagaimanapun mengakui, ia harus dilakukan bagi mengelakkan pergantungan kepada warga asing dalam tempoh jangka masa panjang.