Kawal aliran keluar ringgit, lonjak tenaga kerja wanita
Iklan
SHAH ALAM - Sasaran Kementerian Ekonomi untuk memuktamadkan pengurangan kebergantungan negara kepada pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030 akan dapat mengurangkan aliran keluar ringgit ke negara luar dan melonjakkan pengambilan tenaga kerja wanita tempatan.
Ahli Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), Muhamad Zharif Luqman Hashim berkata, usaha itu akan menggerakkan ekonomi Malaysia apabila keutamaan diberikan kepada tenaga kerja tempatan.