Ikat sangkar ikan guna tali kapal elak dihanyutkan arus deras

Iklan
Rohaimin menggunakan tali kapal bagi memastikan sangkar ikan tidak dihanyutkan arus deras.

KUALA KRAI - Seorang penternak hampir berputih mata apabila lebih 10,000 ikan peliharaannya nyaris dihanyutkan arus deras apabila Sungai Kelantan di Kampung Batu Lada, di sini dilanda banjir.

Rohaimin Yusoff, 51, berkata, susulan itu 15 sangkar miliknya terpaksa diikat pada pokok nangka dan durian menggunakan tali kapal bagi mengelakkan ia dihanyutkan.

Iklan
Iklan
Rohaimin terpaksa mengikat sangkar ikan menggunakan tali kapal pada pokok nangka dan durian bagi mengelakkan ia dihanyutkan.

"Banjir kali ini dilihat luar biasa kerana sangkar saya terangkat sehingga 6 meter (m) dari tempat asal.

"Sejak menternak di sini sejak tahun 2019, inilah kali pertama ia berlaku," katanya kepada pemberita.

Iklan
Banjir kali ini dilihat luar biasa kerana sangkar saya terangkat sehingga 6 meter (m) dari tempat asal.

Menurut beliau, untuk memastikan ikan yang dipelihara selamat sepanjang musim banjir ini, dia sanggup tidur di lokasi di atas sebuah rumah rakit.

Ujarnya, ia bagi memastikan ikan keli, patin, tilapia serta baung yang dibela tidak hilang dibawa arus deras banjir.

Iklan
Seorang penternak hampir berputih mata apabila lebih 10,000 ikan yang dipelihara nyaris dihanyutkan air deras apabila Sungai Kelantan di Kampung Batu Lada, Kuala Krai dilanda banjir.