Pesanan Ratcliffe kepada penyokong Manchester United

Iklan
Ratcliffe - Foto Agensi

SIR Jim Ratcliffe meminta penyokong Manchester United untuk mengekalkan tahap kesabaran ketika The Red Devils meniti laluan kembali ke era kegemilangan di Old Trafford.

Ia selepas jutawan British itu mengikat perjanjian mengambil alih kepentingan minoriti dalam kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Ratcliffe mengambil 25 peratus saham di United, berjanji untuk melabur $300 juta pound di kelab itu bagi menghidupkan semula aura gergasi liga Inggeris dari England.

Iklan
Iklan

United tidak memenangi liga sejak 2013, namun kehadiran Ratcliffe dijangka mengubah keadaan apabila diberikan tanggungjawab mengetuai bahagian operasi kelab mengakui penyelesaian kepada masalah tidak boleh diselesaikan sekelip mata.

"Saya percaya kami boleh membawa kejayaan sukan di atas padang untuk melengkapkan kejayaan komersial yang tidak diragukan lagi yang telah dinikmati oleh kelab bola sepak Manchester United.

Iklan

"Namun ia memerlukan masa dan kesabaran di samping ketegasan serta tahap pengurusan profesional yang tertinggi.

"Anda bercita-cita tinggi untuk Manchester United dan begitu juga kami. Tidak ada jaminan dalam sukan, dan perubahan tidak dapat dielakkan dan mengambil masa tetapi kami berada dalam United untuk jangka panjang," kata jutawan berusia 71 tahun itu dalam surat terbuka kepada Manchester United Supporters Trust.

Iklan

Sebagai rekod United berada di kedudukan keenam mengharungi 19 perlawanan - 10 menang, satu seri, lapan tewas musim ini.