Mahasiswa maut terjatuh tingkat 34 ketika mahu ambil pakaian

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Seorang mahasiswa sebuah universiti maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, di sini, dipercayai semasa hendak mengambil pakaiannya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 8.17 malam, dan mayat remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemukan di tingkat bawah bangunan 39 tingkat berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dua saksi kejadian mendakwa remaja itu ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

"Dia memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni, bagaimanapun dikatakan hilang keseimbangan dan terjatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Noor Dellhan berkata, mayat telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Bernama

Iklan