Kemunculan Gripp juga merupakan inisiatif baru Jack Lim bagi mengembalikan zaman kegemilangan selipar getah yang pernah viral suatu ketika dulu dengen gelaran ‘selipar cap gajah’ atau lebih dikenali dengan jenama Fipper.
Gripp mengetengahkan konsep baru penggayaan selipar yang berkonsepkan streetwear dan sesuai digayakan dengan semua jenis pakaian.
Gripp juga mempunyai sasaran pelanggan yang berbeza, berbanding jenama sebelum ini dengan menyasarkan golongan muda yang kreatif, berdaya saing dan bijak bergaya mengikut peredaran semasa. Produk kali ini juga mempunyai reka bentuk yang berbeza dan warna yang lebih menarik. Jack Lim yang mempunyai pengalaman dalam inovasi selipar getah selama lebih 15 tahun berpendapat, imej baharu selipar getah ini bakal menjadi fenomena baharu selepas tiada lagi jenama lain yang berjaya mendapat tempat dan bualan hangat golongan muda masa kini.
Produk ini cukup selesa untuk kegunaan di rumah, juga cukup cantik untuk beriadah dan melakukan aktiviti harian.
Melalui jenama selipar ‘cap gajah’, Jack Lim telah berjaya melahirkan ramai usahawan sekaligus meluaskan lagi pasaran selipar ke seluruh Malaysia juga di luar negara.
Sebagai permulaan hanya satu jenis selipar diperkenalkan iaitu The Original Series dan dijual pada harga berpatutan bermula RM15.90.
Selipar ini adalah unisex, maka ia sesuai digayakan oleh wanita ataupun lelaki.
Sempena pelancaran jenama Gripp dan juga tujuan pemasaran, pihak syarikat memberikan selipar percuma sebanyak 3,500 pasang selipar bermula dari 30 Disember 2023 hingga 5 Januari 2024.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan selipar percuma, boleh layari laman sesawang rasmi Gripp di www.grippsandal.com, juga mengikuti laman sosial Gripp; Facebook, Instagram dan TikTok rasmi iaitu @grippsandal.
Selipar percuma ini merupakan strategi pihak Gripp bagi memberi peluang kepada pengguna yang terawal untuk mencuba kualiti produk ini.
Selain dari laman sesawang rasmi Gripp, produk ini juga boleh didapati di marketplace seperti Shopee & Lazada.
Tahun 2024 dijangkakan akan lebih mencabar, terutama sekali dari segi ekonomi. Maka kehadiran jenama Gripp di pasaran juga merupakan waktu yang terbaik kerana orang ramai kini berpeluang untuk mendaftar sebagai peniaga produk Gripp bagi menjana pendapatan.