Bayar zakat terus kepada orang susah, adakah dibolehkan?

Iklan
KEPADA mereka yang berhasrat untuk memberi wang zakat terus kepada orang susah, sebaiknya bertanyalah kepada amil atau pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

TERDAPAT segelintir orang membayar zakat terus kepada orang susah. Pendek kata, mereka tidak melakukan sedemikian melalui pihak berkuasa zakat negeri masing-masing.

Meskipun tindakan itu dibenarkan jika orang diberikan zakat itu benar-benar merupakan kelompok asnaf, tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Anda berhutang dengan ALLAH. Wajib keluarkan zakat (qada) sebelum mati atas zakat tersebut,” katanya menerusi hantaran di akaun media sosial @acaijawa.

Mengulas lanjut, Faisal menjelaskan, zakat merupakan ibadah yang khusus yang mana jumlah dikeluarkan hendaklah tepat dan penerimanya juga mesti benar-benar menepati syarak.

Iklan

"Maka, menaksir zakat sendiri dan mengagihkannya sendiri tanpa panduan yang betul (daripada amil), dibimbangi membawa kepada kesilapan.

MOHONLAH bantuan daripada amil yang arif untuk menghitung jumlah zakat kita.

Iklan

"Antara contoh kesilapan biasa seperti tidak berniat untuk zakat ketika beri makan kepada orang susah. Bila niat sedekah, ia tidak boleh ditukar kepada zakat.

"Begitu juga tersilap diberikan kepada golongan bukan asnaf. Ia tidak sah dan kewajipan zakat masih belum terlepas,” tegasnya.

Andai ia melibatkan urusan tersalah memberi sedekah, kata Faisal, ia dimaafkan, tetapi tidak boleh khilaf dalam bab zakat kerana ia satu kewajiban.

"Kemudian jika dia berhajat mahu memberikan kepada orang miskin sekitarnya, ambillah satu pertiga daripada zakat itu dan diagih sendiri.

"Selebihnya, lagi dua pertiga berilah kepada amil kerana di dalamnya ada hak atau milik asnaf-asnaf yang lain juga,” ungkapnya.

Dalam pada itu, Faisal berkata, menjadi satu kerugian buat kita apabila mengeluarkan cukai, tetapi masih tidak bayar zakat.

ANDAI kita tersilap memberikan zakat kepada selain asnaf, maka kewajipan menunaikan Rukun Islam keempat itu masih belum selesai.

"Di Malaysia, semua pembayar zakat dapat rebat cukai 100 peratus. Kadar cukai yang dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap pendapatan tahunan adalah berbeza mengikut tingkat gaji iaitu bermula enam peratus hingga 25 peratus.

"Bagaimanapun, kadar zakat untuk semua peringkat pendapatan hanyalah 2.5 peratus. Ia jauh lebih rendah daripada kadar cukai pendapatan.

"Sebab itu kebiasaannya, siapa yang sudah dikenakan cukai, sebenarnya mereka sudah wajib mengeluarkan zakat. Hanya bayaran zakat kepada institusi zakat (ada bukti resit) diiktiraf oleh LHDN untuk dapat rebat zakat tersebut,” katanya.