Banjir kilat, MPKB-BRI selesai isu longkang tersumbat

Iklan
Mohd Anis (tiga dari kiri) semasa perjumpaan khas bersama media Kelantan di Kota Bharu, pada Rabu.

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengatasi longkang tersumbat yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di jajahan ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Anis Hussein berkata, pasukan itu dianggotai oleh pelbagai jabatan, agensi milik kerajaan negeri dan pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Iklan
Iklan

"Hasil perbincangan itu kita akan cuba selesaikan semua masalah yang berbangkit," katanya semasa perjumpaan khas bersama media Kelantan, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, kerjasama ini amat membantu dalam menyelesaikan setiap masalah selain memudahkan perancangan gerak kerja.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Mohd Anis memberitahu MPKB-BRI telah memasang kamera litar tertutup di kawasan strategik dalam meningkatkan tahap keselamatan di bandar ini.

Ujarnya, pemasangan itu sudah dilakukan dan akan siap sepenuhnya tahun hadapan.

Iklan