Izara Aishah bakal timang zuriat sulung 2020

Iklan
Foto Instagram Izara Aishah

PELAKON jelita Izara Aishah bakal menimang cahaya mata sulung pada tahun ini.

Ketika ini, usia kandungan isteri kepada usahawan Adib Khalid itu sudah mencecah enam bulan.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Astro Awani, hasrat untuk dia dan Adib bergelar ibu dan ayah pada tahun 2020 dimakbulkan oleh ALLAH sekali gus melengkapkan rancangan mereka.

"Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami," katanya.

Iklan

Menurut Pelakon Wanita Filem Terbaik, Anugerah Telenovela 2018 itu, beliau sangat bersyukur kerana kandungannya berada dalam keadaan yang baik.

Sementara itu, Izara berkongsi berita kehamilannya kepada seluruh ahli keluarga dan disambut dengan penuh kesyukuran.

Iklan

Suaminya pula, kata Izara, terlalu sebak dan hampir menitiskan air mata sebaik dimaklumkan berita gembira itu.

"Adib sebak bila kami diberitahu akan terima cahaya mata. Seluruh ahli keluarga juga berkongsi kegembiraan yang sama. Insya-ALLAH pada April ini anak sulung kami akan lahir. Doakan yang baik-baik buat kami ya," katanya.