KLUANG - Tiga penumpang cedera manakala 34 yang lain termasuk seorang pemandu terselamat apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi Rabu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Kanan I, Abd Rahim Razali berkata, enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 pagi.