KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 28 Disember hingga 3 Januari 2024.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).